18.1.07

004. Tugasan Rumah: Peta Minda Sahabat Baik Saya






Berikut merupakan beberapa peta minda pelajar 1 Ekspres yang agak menarik. Cikgu hanya memilih 5 peta minda sahaja untuk di pamerkan kepada semua.





003. Prosedur Memberikan Pendapat

  1. Klik pada bahagian "pendapat".
  2. Tulis pendapat atau maklum balas anda di ruang yang disediakan.
  3. Pastikan anda klik pada bahagian "other" di "choose an identity". Tuliskan nama anda di bahagian "name" dan diikuti dengan kelas. Contohnya, Farhana (1B).
  4. Klik pada bahagian "publish your comment".

002. Etika Perbincangan

Sebagai seorang insan arif budiman, kamu harus menunjukkan kesopanan pada setiap masa. Oleh itu, cikgu benar-benar mengharapkan agar kamu dapat memperlihatkan kesopanan ini semasa memberikan maklum balas ataupun pendapat.

Perkara-perkara yang boleh dijadikan garis pandu adalah seperti berikut:



  1. Gunakan bahasa yang baik semasa memberikan maklum balas ataupun pendapat.
  2. Jangan menggunakan bahasa pasar ataupun singkatan-singkatan apabila menulis.
  3. Jangan menggunakan bahasa kesat semasa memberikan pendapat.
  4. Sampaikan pendapat kamu dengan hikmah dan kebijaksanaan.

001. Mukaddimah



"Kelembutan bahasa dan kehalusan budi serta ketertiban susun kata mencerminkan minda dan budi pekerti seseorang".


Selamat sejahtera pelajar budiman.
Blog ini akan berfungsi sebagai sebuah bilik darjah maya (virtual classroom) di mana aktiviti pembelajaran akan dijalankan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan nanti akan dinilaikan dan disertakan sebagai sebahagian daripada Penilaian Berterusan (Continual Assessment) bagi tahun 2007.