002. Etika Perbincangan
Sebagai seorang insan arif budiman, kamu harus menunjukkan kesopanan pada setiap masa. Oleh itu, cikgu benar-benar mengharapkan agar kamu dapat memperlihatkan kesopanan ini semasa memberikan maklum balas ataupun pendapat.
Perkara-perkara yang boleh dijadikan garis pandu adalah seperti berikut:
- Gunakan bahasa yang baik semasa memberikan maklum balas ataupun pendapat.
- Jangan menggunakan bahasa pasar ataupun singkatan-singkatan apabila menulis.
- Jangan menggunakan bahasa kesat semasa memberikan pendapat.
- Sampaikan pendapat kamu dengan hikmah dan kebijaksanaan.
No comments:
Post a Comment